Tenaga Pengajar SMKA Maahad Muar

10 December 2011

salam..

Smka Maahad muar telah meraih pelbagai jenis pingat tahun ni,,
Almaklum la,,,sekolah maahad da jadi sekolah KLUSTER!
dan kebitaraannya pula,,,NAsyid dan Bahasa Arab,,
macam2,,,dan yang paling best FEstival Nasyid Kebangsaan yg berlangsung pada bulan 7,,
walaupun dapat tempat ke,3,,Izdan Maaahad tetap Hebat di mate penonton,,
Umm,,,dengar cerita Izdan akan menerbitkan Album tak lama lagi,,
harapnya kejayaan akan terus menyebelahi mereka selalu,,

09 December 2011

PEmberitahuan~(^-^)

thank for sape2,,yg melawat blog rekaan saya,,
ectually,,log ni saye buat sempena pertandingan reka blog,,
so pemenangnyer pon da dinobat,,
saya bukan pemenang,,sebabsaya lupa hantar alamat blog pada cikgu,,
by the way thanx for visitor yg puji blog cantek2,,
mekaseeeh byk2,,
very apriciate,,,(eja salah~)
memang saye buat blog ni pon gile sunggoh~
but lepas ni mybe da tak tgok da jarang la jengok,,
tengok setahun sekali mybe la,,
sebab saya skarang melayan blog sendiri,,
lawat la blog saya yer,,jadi follower terhormat,,
hehe,,
ni alamatnyer,,
hanimamir.bllogspot.com..
jumpe kat saner,,,
luv visitor!

Pesanan,,

aku nak bukak blog,,,tapi,,,takboleh plak,,
kenapa ah,,

27 May 2010

*SEJARAH*

     Pada tahun 1942, atas daya usaha Tuan Guru Haji Abu Bakar bin Haji Hassan untuk mendirikan sebuah sekolah yang berteraskan ajaran Islam, keluarga Allahyarham Tun Haji Mohd Khatib bin Haji Shahid telah mewakafkan wang sebanyak RM 10,000 untuk merealisasikan cita – cita tersebut.



      Sebuah jawatankuasa pengurusan projek telah ditubuhkan pada tahun 1950 yang diberi nama 'LUJNAH' yang juga merupakan satu badan dakwah yang aktif di daerah Muar ketika itu . Badan ‘LUJNAH’ ini telah berjaya mengumpulkan wang hasil sumbangan dari orang ramai yang berjumlah RM 10,000. Dengan modal sebanyak RM 20,000 inilah pada tahun 1963 sebuh sekolah telah didirikan di Jalan Joned Muar yang dikenali dengan nama ‘Al- Maahad Al – Dini Al – Arabi’. Sekolah ditadbir oleh sebuah lembaga yang dianggotai oleh sekumpulan penduduk tempatan yang berpengaruh dan mempunyai cita-cita untuk mendidik anak- anak dengan pengetahuan agama Islam.



Setelah beroperasi selama tiga tahun di bawah pengembang agama Islam ‘LUJNAH’ Muar, ia mula menghadapi pelbagai masalah terutama sekali dalam bidang kewangan. Akhirnya pada tahun 1966, pihak LUJNAH telah bersetuju untuk menyerahkan pentadbiran sekolah ini kepada Jabatan Agama Islam Johor. Nama sekolah ini lalu ditukarkan kepada Sekolah Maahad Muar. Sepanjang sejarahnya sekolah ini telah banyak melahirkan tokoh-tokoh agama yang berwibawa sebagai pegawai-pegawai agama dan juga guru-guru agama dalam negeri Johor. Pada tahun 1972, pihak Jabatan Agama Islam Johor telah membina bangunan tambahan untuk Maahad Muar.

      Oleh kerana tuntutan dan desakan semasa dari orang ramai yang inginkan lulusan sekolah–sekolah agama diberikan nilai ekonomi yang sewajarnya sebagaimana sekolah–sekolah akademik yang lain, akhirnya atas persetujuan semua pihak sekolah ini diserahkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1977 dan diletakkan di bawah perhatian khas Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan.  Dengan itu bertukarlah kurikulum sekolah ini.  Pelajaran akademik mula diperkenalkan di sekolah ini dengan mata pelajaran Bahasa Arab dan agama Islam Tinggi diwajibkan kepada pelajar-pelajar sekolah ini.  Walau bagaimanapun, orientasi pendidikan tetap menuju ke arah pendidikan Islam di dalam penghayatan dan amalan Islam ditekankan. Nama sekolah ini lagi sekali ditukarkan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Muar.