Tenaga Pengajar SMKA Maahad Muar

Coretan



WANITA TAK GUNA>>>>
1.Perempuan yang bergelar muslimah itu TIDAK GUNA kain yang nipis untuk membuat bajunya sehingga terbayang kulitnya.
2. Perempuan yang mengakui dirinya beragama Islam memang TIDAK GUNA rantai kaki yang berloceng untuk dililitkan pada kakinya supaya menarik perhatian.
3. Perempuan yang mengakui dirinya ana muslimah memang TIDAK GUNA minyak wangi yang baunya semerbak melampau-lampau.
4. Perempuan yang kuat pegangan islamnya memang TIDAK GUNA kata- kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya.
5. Perempuan muslimah TIDAK GUNA masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya.
6. Perempuan yang berpakaian berdasarkan syariat Islam memang TIDAK GUNA tudung yang pendek, apabila memakainya diselempangkannya dan menampakkan bahagian yg sepatutnya ditutup.
7. Perempuan yang memahami etika dalam islam memang TIDAK GUNA lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki.
8. Perempuan yang menjaga maruah islam memang TIDAK GUNA alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja.
9. Perempuan Islam TIDAK GUNA kain tudung yang jarang-jarang kerana akan menampakkan juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain.
10. JADILAH MUSLIMAH YANG BERGUNA…



 Kedatangan Bulan Ramadhan (20 Ogos 2010)


Kedatangan bulan Ramadan amat dirasai oleh kami,terutamanya yang tinggal di asrama.Walaupun tidak ketersampaian untuk berbuka puasa bersam keluarga tercinta namun warga asrama bersama memeriahkan awal Ramadan mereka.

Yang baiknya warga asrama berpeluang berbuka dan sembahyang terawih berjemaah bersama-sama dengan para warden.Surau baru yang besar lagi luas menjadi tempat kami berjemaah Subuh ,Zohor,Maghrib serta Isya'.

Kami bertadarus bersama kumpulan usrah pada waktu tegah hari dan bersama kumpulan huffaz pada waktu petang.



Dalam masa yang sama, ujian bagi pelajar Tingkatan 5 keran mereka menghadapi peperiksaan percubaan SPM.Insya-allah dengan berkat bulan berkat ini diharapkan agar mereka danpat menduduki peperiksaan dengan jayanya.



Satu lagi peritiwa penting yang dapat saya sampaikan ialah kami didatangi oleh Kementerian Pelajaran Negeri Johor (JPNJ) yang bertujuan meninjau sekolah kami. Beserta dengan itu,beberapa buah sekolah juga dijemput memeriahkan majlis kami.
<>
<>
kenang-kenangan
Para tetamu disajikan dengan nyanyian daripada kumpulan nasyid sekolah kami iaitu Izdan.Persembahan diadakan pada waktu berbuka puasa.
<>
sementara menunggu waktu berbuka
exco 2011

No comments: